forex trading logo

DAFTAR PENGGUNA



Bil Tetamu

Bilangan Tetamu Sejak 7 Sep.2009

by eRates

Tamat Tempoh

Sewaan tapak web ini di Mesra Hosting.Net dan sewaan nama domain smkbr.edu.my tamat pada 1 Ogos 2012.

Warga

staf_1.jpg

ALBUM SMKBR

 



ALBUM DI PICASA

PAUTAN WEB

 


Laman Web KPM

Jabatan Akauntan Negara


Kemaskini data staf


Slip Peperiksaan Pelajar


Khazanah Ilmu DBP

Home
SMK Bandar Rinching. Sekolah Kita.Kepunyaan Kita.Kebanggaan Semua
Program Try Zero G 2 PDF Print E-mail
Written by jamalullail   
Saturday, 21 January 2012 00:43

Salam sejahtera tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) sedang mencari idea bagi program “Try Zero G 2”. Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai terutamanya kepada pelajar dan guru sekolah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Februari 2012 (Jumaat).

Untuk makluman tuan/puan, “Try Zero G 2” merupakan satu program pendidikan di Stesen Angkasa Antarabangasa (International Space Station, ISS) yang diusahakan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Tujuan program ini adalah untuk menunjukkan perbezaan fenomena sains di antara 0G (ISS) dan 1G (Bumi) dari aspek pendidikan. Angkasawan Jepun akan menjalankan aktiviti dan eksperimen yang terpilih berdasarkan prosedur yang dicadangkan oleh pelajar atau guru dan ianya akan dirakam dengan menggunakan kamera video HD (High Definition). Rakaman video tersebut kemudiannya akan diedarkan sebagai medium pembelajaran di sekolah. Cadangan aktiviti dan eksperimen pelajar atau guru yang terpilih untuk dijalankan oleh angkasawan Jepun akan diberikan sijil khas daripada ANGKASA.

Sehubungan dengan itu, ANGKASA ingin menjemput penyertaan orang ramai terutamanya pelajar dan guru sekolah dalam program ini dengan menyumbang idea yang sesuai dijalankan oleh Angkasawan Jepun, Mr  Hoshiide dalam misi beliau di Modul Eksperimen Jepun, KIBO pada bulan Ogos tahun ini. Bersama-sama emel ini, adalah disertakan maklumat lanjut berkaitan dengan program tersebut untuk rujukan tuan/puan. Maklumat program, contoh video eksperimen terdahulu (termasuk Try Zero G tahun 2011) dan borang penyertaan boleh diperolehi daripada laman sesawang ANGKASA (www.angkasa.gov.my) dan Planetarium Negara (www.angkasa.gov.my/planetarium).

Penyertaan program ini boleh dibuat dengan mengisi borang penyertaan (seperti yang dilampirkan) dan dikembalikan kepada pihak kami melalui pos atau emel atau mengisi borang penyertaan on-line di www.angkasa.gov.my/tryzerog/ selewat-lewatnya pada 24 Februari 2012 sebelum jam 5pm. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai kami iaitu Cik Asmidar Zainol atau En. jong Tze Kian di talian 03-2273 4303 atau emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Nota: Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sedang dalam proses mengemaskini maklumat program tersebut di atas di laman sesawang ANGKASA, Planetarium Negara dan www.angkasa.gov.my/tryzerog/. Pengemaskini dijangka akan selesai pada 20 Januari 2012.

Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat

b/p: Ketua Pengarah

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Planetarium Negara

Lot 53, Jalan Perdana

50480 Kuala Lumpur

Tel : 03 – 2273 4303 / Faks : 03 – 2273 5488

Laman Sesawang ANGKASA: www.angkasa.gov.my

Laman Sesawang Planetarium Negara: www.angkasa.gov.my/planetarium

Borang Penyertaan On-line: www.angkasa.gov.my/tryzerog/

Layari Portal Pendidikan Sains ANGKASA url: http://astronomi.angkasa.gov.my

 
Perhimpunan sebelum masuk ke kelas PDF Print E-mail
Written by jamalullail   
Tuesday, 03 January 2012 12:18

Dimaklumkan kepada semua pelajar, anda dikehendaki hadir ke tapak perhimpunan pada setiap hari persekolahan sebelum waktu pertama bermula di tempat yang telah ditetapkan. Semua pelajar adalah dilarang memasuki ke kelas masing-masing. Selain itu pelajar tidak digalakkan berkumpul di perhentian menunggu bas di hadapan sekolah sebaik tiba ke sekolah dan disarankan terus pergi ke tapak perhimpunan.

 

Berikut adalah tempat perhimpunan pelajar:

Pelajar sesi petang - di Dewan Puspa Budi sebelum 12:45 petang
Pelajar sesi pagi - di Dataran perhimpunan / Dataran Cergas sebelum jam 7:15 pagi

 

Bagi pelajar yang membawa motosikal, pelajar dimestikan memiliki lesen memandu. Sila dapatkan borang kebenaran membawa motosikal dari Unit Hal Ehwal Pelajar ( Unit Disiplin ) untuk menandatangani peraturan membawa motosikal ke sekolah.

Last Updated on Wednesday, 04 January 2012 05:28
 
Shoutmix tamat tempoh PDF Print E-mail
Written by jamalullail   
Tuesday, 03 January 2012 12:06

Untuk makluman semua pelawat, kemudahan chat oleh shoutmix.com telah tidak dapat dicapai lagi. Ini berikutan shoutmix.com tidak menyediakan perkhidmatan secara percuma lagi. Sehubungan itu sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan hendaklah terus diajukan ke alamat email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Wednesday, 04 January 2012 05:27
 
Pakej mata pelajaran teras dan elektif pelajar Tingkatan 4 PDF Print E-mail
Written by jamalullail   
Friday, 30 December 2011 05:39

Kelas Sains Tulen / Sains Hayat ( 4 Amanah )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Matematik Tambahan
7. Fizik
8. Kimia
9. Biologi

Kelas Sains Tulen ( 4 Bestari )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Matematik Tambahan
7. Fizik
8. Kimia
9. Biologi

Kelas Sains Fizikal / Sains Teknologi /Sains Teknikal ( 4 Cerdas )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Matematik Tambahan
7. Fizik
8. Kimia
9. ICT / Teknologi Maklumat

Kelas Perakaunan ( 4 Dedikasi )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Matematik Tambahan
7. Sains
8. Prinsip Akaun
9. Ekonomi

Kelas Perakaunan ( 4 Ehsan )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Sains
7. Perdagangan
8. Prinsip Akaun / Ekonomi Rumah Tangga

Kelas Sastera Ikhtisas - Geog/Tasawur Islam ( 4 Fasih )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Sains
7. Geografi
8. Tasawur Islam

 

Kelas Sastera Ikhtisas - Perdagangan ( 4 Gigih, 4 Hikmah, 4 Ikhlas, 4 Jujur )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Sains
7. Perdagangan
8. Pendidikan Seni Visual


Kelas Sastera Ikhtisas - Seni ( 4 Kreatif )

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Pendidikan Islam / Moral
5. Sejarah
6. Sains
7. Pendidikan Seni Visual

 

Nota :

 

1. Senarai kelas di atas masih belum muktamad.

2. Pelajar diberi tempoh sehingga 11 Januari 2012 untuk membuat rayuan pertukaran kelas namun masih tertakluk kepada syarat kelayakan subjek berkaitan.

 

Last Updated on Thursday, 19 January 2012 11:53
 
Mesyuarat sesi pembukaan sekolah 2012 PDF Print E-mail
Written by jamalullail   
Friday, 23 December 2011 03:56

Mesyuarat pengurusan

Tarikh : 27 hb Disember 2011 ( Selasa )
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Bilik Citra

 

Mesyuarat guru

Tarikh : 28 hb Disember 2011 (Rabu)
Tempat : Bilik mesyuarat / Bilik Seminar
Masa : 8:30 pagi

 

Mesyuarat bidang mengikut panitia matapelajaran

Tarikh : 29 hb Disember 2011 (Khamis )
Tempat : Bilik Citra / Bilik Bahasa / Bilik Teknik Vokasional / Bilik Mesyuarat
Masa : 8:00 pagi

Last Updated on Wednesday, 28 December 2011 07:08
 
« StartPrev12345NextEnd »

Page 1 of 5

Berita Terkini

Mesyuarat HEM dan kokurikulum sesi persekolahan 2012 akan diadakan pada 27 Disember 2012

Pengetua

PENGUNJUNG DI TALIAN

We have 7 guests online

JOM UNDI

Disiplin mempengaruhi pencapaian pelajar.
 

Ruangan Chat

Featured Links:
ShoutMix chat widget

Joint SMKBR YahooGroup

Untuk warga guru dan staf sahaja

Click to join smkbr

Click to join smkbr

Facebook Panitia ICT


 

 


feed-image Feed Entries

BERITA SEMASA

Popular