|
Kejohanan Padang dan Balapan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 24 April 2012 08:33 |
|

Pada 27 dan 28 Mac yang lalu, seramai 15 orang pelajar pendidikan khas SMK Bandar Rinching telah bertanding dalam kejohanan olahraga pendidikan khas daerah Hulu Langat. Kejohanan ini telah berlansung di Stadium Majllis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi. Atlet PPKI SMK Bandar Rinching telah berjaya meraih 11 pingat emas dan 7 pingat perak dalam kejohanan tersebut. Ini telah menjadikan pasukan PPKI SMK Bandar Rinching menjadi juara keseluruhan dalam kejohanan pada tahun ini. Dalam kejohanan ini juga, Muhamad Shahrul Adzhar telah dinobatkan sebagai Olahragawan daerah Hulu Langat. |
|
Last Updated on Saturday, 28 April 2012 12:29 |
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 28 April 2012 11:59 |
|

Program terapi renang diadakan pada setiap hari Khamis minggu 1 dan 3 setiap bulan. Objektif terapi renang ini adalah untuk memperluaskan pengalaman, kemahiran, dan hubungan sosial mereka. Selain itu, ia merupakan terapi emosi dan fizikal yang terbaik bagi pelajar berkeperluan khas. Rekreasi ini membantu pelajar memahami diri mereka dengan mendalam. Aktiviti ini juga mampu melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap kepentingan golongan berkeperluan khas. |
|
Last Updated on Saturday, 28 April 2012 12:25 |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 28 April 2012 12:01 |
|

Pada 10 April 2012, telah diadakan Karnival Keusahawan dan Kebudayaan Pendidikan Khas daerah Hulu Langat yang bertempat di Metro Point Kajang. Dalam karnival ini, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Rinching telah membuka gerai jualan dan pameran kraf tangan yang dihasilkan oleh pelajar PPKI. Terdapat beberapa orang pelajar telah menang dalam beberapa acara yang disertai. Antaranya Wong Lee Kee Jian telah mendapat tempat pertama dalam acara persembahan individu. Dasarathan pula menjadi johan dalam pertandingan mewarna dan Siti Nur Kartini dan Fitrie Shah mendapat tempat ketiga dalam acara pakaian beragam.
|
|
Last Updated on Saturday, 28 April 2012 12:25 |
|
Hari anugerah kecemerlangan pelajar |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 12 May 2012 09:47 |
|

Hari ini 12 Mei 2012, sekolah ini telah melaksanakan Program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Antara kategori anugerah yang diberikan ialah anugerah kurikulum,anugerah kokurikulum , anugerah pelajar terbaik setiap tingkatan, anugerah pelajar terbaik PMR dan anugerah pelajar terbaik SPM. Program ini telah dirasmikan oleh Tn Shaharudin b Yusof Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis ini ialah Dato Abdul Jabar b Che Nai, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Rinching yang juga mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar. |
|
Last Updated on Saturday, 12 May 2012 10:29 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
|
Page 1 of 6 |